11 PATI dipindahkan pulang ke Pakistan, Filipina dan China

IMG 9957

SANDAKAN: 26 Julai 2026 — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah telah melaksanakan program pemindahan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) melibatkan tiga lelaki dewasa warganegara Pakistan dari Depot Imigresen Sandakan ke negara asal mereka.

Proses pemindahan itu dilakukan melalui Lapangan Terbang Sandakan dengan kawalan pegawai penerbangan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum diterbangkan ke Lahore dan Karachi, Pakistan.

Sebelum itu, pada 22 Julai lalu, JIM Sabah turut memindahkan tujuh lelaki dewasa warganegara Filipina dari Depot Imigresen Kota Kinabalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan penerbangan terus ke Manila.

Sementara itu, pada 21 Julai lalu, Depot Imigresen Tawau menjalankan pemindahan seorang lelaki dewasa warganegara China melalui Lapangan Terbang Tawau dengan penerbangan terus ke Canton, China.

Setakat ini, seramai 4,286 tahanan PATI dari pelbagai negara telah dipindahkan ke negara asal masing-masing, membabitkan 2,845 warganegara Filipina, 1,207 warganegara Indonesia, 108 warganegara Pakistan dan 90 warganegara China.

Menurut kenyataan JIM Sabah, kesemua tahanan yang terlibat telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan dan memiliki dokumen perjalanan (Travel Documents) yang sah untuk membolehkan mereka mengikuti proses pemindahan ke negara asal.

JIM Sabah turut menyeru orang ramai supaya tidak melindungi atau menggaji PATI, dan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan PATI melalui saluran rasmi jabatan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal