Oleh: Nurul Fazliana Norman
TUARAN: 8 Ogos 2026 – Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah dan JSJN IPD Tuaran merampas 11.45 tan serbuk ketum bernilai kira-kira RM1.145 juta dalam serbuan di Jalan Tuaran, awal pagi semalam.
Empat individu – tiga lelaki (23–46 tahun) dan seorang wanita (28 tahun) – ditahan di premis dan sebuah lori.
Hasil risikan mendapati serbuk daun ketum itu telah diproses dan dibungkus untuk diedarkan. Nilai rampasan termasuk kenderaan dianggarkan melebihi RM1.4 juta. Kesemua suspek negatif dadah dalam ujian saringan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Siasatan lanjut bersama JSJN Sabah bertujuan mengenal pasti rangkaian sindiket dan membendung penyalahgunaan ketum dalam pelbagai bentuk.
PPM Wilayah 4 Sabah menegaskan komitmen memperkukuh risikan dan kerjasama strategik dengan agensi penguat kuasa untuk membanteras kegiatan haram demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Sumber: Pasukan Polis Marin W4 Sabah

