Penunggang motosikal maut terbabas langgar penghadang jalan di Penampang

IMG 4077

Oleh: Nurul Fazliana Norman

PENAMPANG: 8 November 2026 – Seorang lelaki berusia 39 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar penghadang jalan di Jalan Pan Borneo berhampiran Kampung Tanaki, Penampang, malam 6 November 2026.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.34 malam ketika mangsa dalam perjalanan dari Putatan menuju Inobong sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, ASP Arisanti Aziz berkata siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni menerusi talian 019-809 5133,” katanya.

Polis turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, khususnya ketika melalui kawasan pembinaan jalan raya pada waktu malam.

Sumber: Polis Daerah Penampang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal