Zainudin dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri baharu

d4a2fd33 9b10 4141 95a0 3bf257867b52

KOTA KINABALU: 18 Jun 2026— Datuk Zainudin Aman dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu berkuat kuasa 29 Jun ini menggantikan Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong yang menamatkan perkhidmatan pada 28 Jun.

Pelantikan itu dipersetujui Kerajaan Sabah, dengan Zainudin yang kini menjawat jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dijangka meneruskan usaha memperkukuh pentadbiran dan pelaksanaan dasar kerajaan negeri.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, pelantikan berkenaan diharap dapat memastikan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah terus berdaya saing dalam melaksanakan transformasi pentadbiran demi kemajuan wilayah Sabah dan kesejahteraan rakyat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong atas khidmat cemerlang yang diberikan sejak memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri pada 2019.

Menurutnya, Safar melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, berhemah dan berintegriti sepanjang menerajui perkhidmatan awam negeri.

Safar kini dilantik sebagai Pengerusi Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAED), sebuah syarikat berkaitan kerajaan di bawah Jabatan Ketua Menteri, berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal