Yedida Hawila Kartika Harta dinobatkan Miss IICA 2026

64f8bd8c cbf7 4d2e 9a9c 624fc4a65d46 2

KOTA KINABALU: 23 Ogos 2026 — Wakil Kalimantan, Indonesia, Yedida Hawila Kartika Harta dinobatkan sebagai Miss International Indigenous Cultural Ambassador (IICA) 2026 pada malam kemuncak IICA 2026 di Sky Hotel, Kota Kinabalu, malam tadi.

Yedida mengungguli Lavenn Iricka Uhanis dari Sabah yang menduduki tempat kedua, manakala Welfrin Afrina Masambun, juga dari Sabah, berada di tempat ketiga.

Welfrin turut menerima gelaran Best Advocacy bagi kategori Miss IICA 2026.

bbfa8dc2 8af0 452e 8ad9 4c260b74b647 1

IICA 2026 berlangsung pada 22 Ogos dengan menghimpunkan peserta dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan untuk mengetengahkan kepelbagaian warisan dan budaya masyarakat pribumi.

Sembilan finalis yang mewakili tiga kategori bersaing dalam pusingan Indigenous Heritage Showcase dan Cultural Ambassador Advocacy Speech.

Pusingan pertama menyaksikan peserta memperagakan pakaian tradisional, manakala pusingan kedua memberi ruang kepada tiga finalis setiap kategori menyampaikan advokasi selama dua minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal