Wanita miliki kad pengenalan palsu dipenjara empat bulan

WhatsApp Image 2026 09 19 at 12.46.29 PM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 19 September 2026 – Seorang wanita berusia 55 tahun ditahan Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sabah pada 10 September lalu ketika hadir untuk membuat urusan penggantian kad pengenalan di Bahagian Kad Pengenalan, JPN Negeri Sabah.

Tertuduh, Jamilah Akrim, ditahan kira-kira jam 11.30 pagi sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada 17 September lalu.

Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus dan dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan.

Jamilah didapati melakukan kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan didakwa di bawah Peraturan 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Selepas selesai menjalani hukuman, tertuduh dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

JPN Negeri Sabah berkata, pihaknya sentiasa komited melaksanakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dokumen pengenalan diri untuk memastikan integriti sistem pendaftaran negara terus dipelihara selain mencegah penyalahgunaan dokumen pengenalan diri.

Sumber: JPN Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal