Video dan gambar tular kes pukul di Kota Belud disiasat

WhatsApp Image 2026 08 10 at 8.33.26 PM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA BELUD: 10 Ogos 2026 – Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan video dan gambar di media sosial yang memaparkan kejadian pergaduhan dan perbuatan memukul seorang individu sehingga menyebabkan kecederaan, dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 petang, 8 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, ASP Ahmad Fathie Md Salleh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan untuk mengenal pasti individu terlibat dan punca kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, termasuk rakaman video dan gambar berkaitan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Sumber: Polis Daerah Kota Belud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal