Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim
BEAUFORT: 15 Julai 2026 – Sebuah van pelancong yang membawa pelancong dari China terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Axia di Kilometer 21 Jalan Beaufort–Papar berhampiran Kampung Gana, Membakut, semalam.
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila van pelancong yang sedang memotong kenderaan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.
Akibat kejadian itu, kedua-dua pemandu dan beberapa penumpang yang mengalami kecederaan dihantar ke Klinik Kesihatan Membakut dan Hospital Beaufort untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

