UMNO lancar tabung sumbangan bantu Najib bayar denda RM50 juta

Zahid Hamidi Mengumumkan Solidariti Najib

KUALA LUMPUR: 19 September 2026 – UMNO melancarkan inisiatif kutipan Tabung Sumbangan untuk membantu Datuk Seri Najib Tun Razak melunaskan denda berjumlah RM50 juta yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata tabung berkenaan diwujudkan sebagai usaha parti membantu meringankan beban Najib dalam memenuhi syarat pembayaran denda tersebut.

Beliau berkata sumbangan itu terbuka secara sukarela kepada seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong UMNO, termasuk mereka yang ingin memberikan sokongan kepada Najib.

Dalam kenyataannya kelmarin, Zahid menegaskan pelaksanaan inisiatif berkenaan akan dilakukan secara telus dan teratur, di samping memastikan kutipan dan pengurusannya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Dalam kenyataan sama, Zahid turut menyeru anggota UMNO menyambut perkembangan berhubung Najib dengan rasa syukur, di samping memastikan setiap ungkapan disampaikan secara beradab dan menghormati proses yang ditetapkan.

Beliau berkata UMNO sejak awal mengambil pendirian untuk membawa permohonan berkaitan Najib melalui saluran yang sewajarnya, dengan penghormatan terhadap institusi Raja, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sebagai pegangan parti.

Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim susulan keputusan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

Katanya, perkembangan itu membawa kelegaan kepada Najib, keluarga dan warga UMNO yang selama ini menaruh harapan terhadap perkembangan berkenaan.

Justeru, UMNO menyeru pihak yang ingin membantu supaya mengambil bahagian dalam kutipan tersebut secara sukarela melalui mekanisme yang akan dilaksanakan parti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal