Oleh: Nurul Fazliana Norman
SANDAKAN: 17 Ogos 2026 – Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman meninjau perkembangan pembinaan Pusat Islam Sandakan di Kampung Sungai Kayu, Sandakan pada Sabtu lalu.
Lawatan itu bertujuan melihat status semasa projek, termasuk perkembangan pelaksanaan, kemajuan kerja dan perkara berkaitan yang memerlukan perhatian.
Tun Musa turut menerima taklimat daripada Arkitek Projek Pusat Islam Sandakan, Mir Zafriz Mior Zawar, berhubung perkembangan projek berkenaan.
Pusat Islam Sandakan dijangka menjadi antara kemudahan penting dalam menyokong keperluan masyarakat Islam, selain menyediakan ruang yang lebih sesuai untuk pelaksanaan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
Turut hadir, Presiden Majlis Perbandaran, Datuk Walter Kenson, Ketua Polis Daerah, George Abd Rakman dan ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat setempat.
Sumber: JAPEN

