Oleh: Nurul Fazliana Norman
TAWAU: 17 September 2026 – Polis menahan seorang wanita dalam tempoh kurang 24 jam selepas terlibat dalam kes mencuri wang tunai di sebuah rumah di Kampung Pangkalan Asli, Merotai Besar.
Ketua Polis Daerah Tawau, YDH ACP Rosdi Mat Jusoh berkata, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Bombalai selepas mangsa dimaklumkan ahli keluarganya bahawa suspek yang juga adik kandung mereka dipercayai mengambil sejumlah wang tunai dari dompet miliknya ketika berada di dalam bilik tidur.
Menurutnya, perbuatan itu disedari mangsa sebelum berlaku sedikit pergelutan antara mangsa dan suspek, menyebabkan suspek melarikan diri keluar dari rumah.
Suspek turut dipercayai sering mengambil barang-barang berharga di dalam rumah berkenaan.
Hasil tindakan pantas polis, sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai berjaya mengesan dan menahan suspek di perkarangan Balai Polis Bombalai, Tawau.
Suspek, wanita warga tempatan berusia 41 tahun, ditahan untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Sumber: Polis Daerah Tawau

