Oleh David E.
KOTA KINABALU: Society of Hope Sabah meneruskan usaha mengumpul dana untuk membiayai program kemasyarakatan dalam kalangan golongan miskin dan terpencil di pelbagai pelosok Sabah menerusi malam amal Gala Night 2027.
Malam amal itu dijadualkan pada 9 Januari 2027 di Magellan Sutera Resort.
Presidennya, Josephine Hadikusumo, mengetuai rombongan persatuan tersebut mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, di pejabatnya, Selasa, untuk menjemput beliau sebagai tetamu di majlis tersebut.
– TV Sabah
