Sirhajwan dari KV Keningau terima anugerah pendidikan di Thailand

IMG 20260529 WA0133

BANGKOK: 30 Mei 2026 – Guru Bahasa Inggeris Kolej Vokasional (KV) Keningau, Dr. Sirhajwan Idek dinobatkan sebagai juara kategori pendidikan vokasional dalam Anugerah Educational System Management Leadership (ESML) Leadership Award 2026.

Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Prasert Jantararuangtong sempena persidangan pendidikan antarabangsa di Chulalongkorn University, Thailand, pada 29 Mei.

1003081371
Sirhajwan menerima anugerah pendidikan

Sirhajwan dipilih daripada lima finalis hasil kejayaannya memperkenalkan pendekatan pembelajaran berasaskan komuniti yang memberi impak kepada pelajar dan masyarakat setempat.

Di bawah bimbingannya, pelajar KV Keningau berjaya melaksanakan pelbagai projek khidmat komuniti yang mendapat pengiktirafan dan sokongan geran dari pelbagai organisasi dalam dan luar negara.

“Pendekatan itu bukan sahaja meningkatkan kemahiran pelajar, malah membantu membentuk nilai kepimpinan, daya tahan dan keprihatinan sosial,” katanya.

Sementara itu, Pengarah KV Keningau, Lumang Anak Lang menyifatkan kejayaan berkenaan sebagai pencapaian membanggakan yang mengangkat martabat pendidikan vokasional Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Pengiktirafan tersebut membuktikan usaha dan inovasi warga KV Keningau mampu mendapat perhatian dan penghargaan di pentas global,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal