Slot tinggalkan Liverpool selepas dua musim

Screenshot 20260530 230415 Chrome

LIVERPOOL: 30 Mei 2026 – Liverpool FC mengumumkan Arne Slot meninggalkan jawatan ketua jurulatih berkuat kuasa serta-merta selepas dua musim mengemudi pasukan itu.

Pengendali dari Belanda yang menyertai Liverpool pada Jun 2024 mencipta impak besar apabila menghadiahkan gelaran Liga Perdana Inggeris ke-20 kepada The Reds dalam musim pertamanya, selain membawa pasukan ke final Piala Liga dan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.

1003081474
Arne Slot berjaya mengemudi LFC dengan baik

Pada musim 2025/26, Slot sekali lagi memastikan Liverpool layak ke Liga Juara-Juara sebelum mara sehingga suku akhir kejohanan tersebut.

Dalam kenyataan rasmi, pihak kelab merakamkan penghargaan atas sumbangan, kepimpinan dan kejayaan yang dibawa Slot sepanjang berada di Anfield.

Menurut kenyataan rasmi dari Liverpool, keputusan itu dibuat selepas pihak pengurusan berpendapat perubahan haluan diperlukan bagi memastikan kelab terus berkembang, namun ia tidak menjejaskan penghormatan terhadap kemampuan dan pencapaian Slot.

Slot meninggalkan Liverpool dengan legasi istimewa sebagai jurulatih yang menghadiahkan gelaran liga ke-20 kepada kelab dan akan sentiasa dikenang dalam sejarah The Reds.

Sumber – LFC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal