Sambutan Hari Sabah fokus bina jati diri golongan muda

5258b08b 9a89 40b8 badf 39276ca1424d

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 20 Ogos 2026 — Sambutan Hari Sabah 2026 memberi fokus kepada golongan muda dalam membina keyakinan diri, jati diri dan semangat untuk mengisi kemerdekaan dan pembangunan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Masidi Manjun berkata, generasi muda perlu yakin terhadap kemampuan diri untuk bersaing dan mencapai kejayaan.

“Tidak ada yang salah dengan kita sebagai orang Sabah. Kita mempunyai segala yang membolehkan kita maju ke hadapan.”

Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Khas sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri Sabah 2026 di RTM, hari ini.

fa8e74b8 755c 49f9 8a50 b0050a3e0b2d

Menurut Masidi, sambutan itu bukan sekadar mengenang perjuangan generasi terdahulu, sebaliknya perlu menjadi ruang untuk generasi muda melihat ke hadapan dan memainkan peranan mengisi kemerdekaan.

Katanya, sejarah perjuangan generasi terdahulu perlu dijadikan panduan, manakala cabaran dan kekurangan yang dihadapi tidak seharusnya menjadi alasan untuk menghalang kemajuan.

“Jangan jadikan masalah itu sebagai pembunuh kita. Jadikannya sebagai motivasi penting untuk membakar semangat kita untuk maju ke hadapan,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini melibatkan 180 kontinjen di Dataran Bandaraya, Kota Kinabalu, manakala sambutan Hari Sabah pada sebelah malam menampilkan pelbagai persembahan dengan acara kemuncak bermula sekitar 8 malam.

Antara pengisian sambutan itu Lafaz Pemasyhuran Hari Sabah, persembahan laser dan lampu, koir juga persembahan khas “Sabah Tanah Airku”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal