Sabah Mesti Sokong Sarawak dalam rujukan Perlembagaan PDA74

ddjkmugshot

KOTA KINABALU: 24 Februari 2026 – Rakyat Sabah menghormati langkah berani dan tepat yang diambil oleh kerajaan Sarawak untuk mendapatkan ketetapan dari Mahkamah Persekutuan mengenai kesahihan perlembagaan dan penerapan berterusan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA74), Akta Pelantar Benua 1966 (CSA66), dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 (PMA66) yang telah diluluskan dan berkuatkuasa ke atas Sabah dan Sarawak selepas pengisytiharan Darurat pada tahun 1969.

“Selama bertahun-tahun, ramai rakyat Sabah telah mempersoalkan perlembagaan dan kesahihan PDA74 yang telah mengakibatkan perampasan tidak sah sumber minyak dan gas dari Sabah Sarawak sejak 1976, dan hanya mengembalikan sekecil 5% minyak dan gas yang dikeluarkan. Sebaliknya, hak sumber minyak dan gas diserahkan kepada Petronas tanpa sebarang pampasan yang mencukupi kepada Sabah dan Sarawak, yang ternyata melanggar Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan,” kata Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menegaskan, kedudukan undang-undang dan perlembagaan Sabah berhubung dengan PDA74, CSA66 dan PMA66 adalah sama dengan Sarawak. Sabah mempunyai Perintah dalam Majlis Sabah (Perubahan Sempadan) 1954 yang serupa dengan Sarawak telah melanjutkan sempadan Sabah ke pelantar benua. Pelanjutan sempadan ini diterima pakai dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai sempadan Sabah sejurus sebelum Hari Malaysia pada 16 September 1963.

Jeffrey berkata, tiada sebarang pertikaian wujud samada dari segi undang-undang mahupun moral, bahawa sumber minyak dan gas Sabah harus dikembalikan dengan sewajarnya kepada rakyat Sabah.

Jelasnya, hasil sumber minyak telah Sabah yang telah dinafikan sejak 1976 telah menyebabkan ketidakadilan yang besar. Ia menjadikan Sabah dan rakyatnya termiskin di negara ini. Ketinggalan dalam pembangunan perkhidmatan asas air, elektrik dan jalan raya yang sering diejek di media sosial sebagai seperti di bulan,” katanya.

“Kini tiba masanya untuk kerajaan Sabah dan rakyat Sabah berdiri teguh di belakang kerajaan Sarawak, dan menyokong sepenuhnya rujukan kerajaan Sarawak mengenai PDA74, CSA74 dan PMA74 di Mahkamah Persekutuan.

“Bagi kerajaan Sabah, sempadan Sabah sehingga pelantar benua perlu dipertahankan, dan pemimpin Sabah perlu berhenti menunduk kepada ketua politik mereka di seberang Laut Cina Selatan. Sudah tiba masanya untuk mereka melaksanakan hak-hak Sabah selepas kegagalan termasuk membantah tindakan Sabah Law Society terhadap Pemberian Khas 40% hasil bersih yang kini jelas diisytiharkan sebagai perlu dibayar mengikut Perlembagaan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Otober 2025,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tambunan itu berkata, kegagalan mereka juga meliputi keengganan menyertai bersama dalam tindakan mahkamah yang difailkan oleh SABAR mengenai kesahihan CSA66 dan PMA66, yang juga menjejaskan sumber petroleum yang terletak di bawahnya.

“Tindakan yang sama perlu dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin Sabah yang lain, demi menjaga kepentingan Sabah yang terbaik untuk Sabah dan rakyatnya, bukan bersembunyi di bawah slogan retorik yang mengutamakan Sabah dengan memberi khidmat mulut sahaja selepas mendapat jawatan dan keistimewaan, tetapi tidak ada tindakan yang konkrit,” katanya.

Jeffrey menekankan bahawa rakyat Sabah dan pemimpin Sabah kini mesti berdiri dan bangkit bersama tanpa ragu-ragu mempertahankan hak Sabah demi membina masa depan Sabah kepada yang lebih baik dan cerah untuk semua rakyat Sabah tanpa mengira bangsa, agama atau kepercayaan, dan bukan melayani kepentingan dan kedudukan individu.

“Keadaan Sabah terkini yang menyedihkan pada masa ini dengan kadar miskin tegar yang tinggi, pengangguran berleluasa, kadar buta huruf yang tinggi, kadar orang sakit tertinggi, pembangunan yang ketinggalan zaman dengan kekurangan dari segi keperluan asas membawa tomahan kepada para pemimpin Sabah.

“Pemimpin politik pemerintah Sabah perlu menilai semula keutamaan mereka. Pertempuran politik tidak seharusnya menentang pemimpin tempatan Sabah yang lain yang mahukan Sabah dan rakyat Sabah menjadi lebih baik, tetapi seharusnya bersama menentang ketidakadilan dan salah laku yang telah menghalang Sabah daripada berkembang dan membangun ke tahap potensinya dan kekayaannya yang sebenar.

“Perjuangan itu juga bukan menentang Kerajaan Persekutuan tetapi menentang isu, hak dan kepentingan Sabah di bawah MA63 dan Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui oleh bapa pengasas dan kemerdekaan Malaysia dan Sabah pada tahun 1963 tetapi kebanyakannya masih belum dipenuhi. Tidak ada asas untuk takut kepada Kerajaan atau pemimpin Persekutuan!” tegasnya.

Jeffrey akhiri, “Ia sepatutnya mengenai pengukuhan Sabah, tanah air tercinta kita, dan berganding bahu bekerjasama untuk yang terbaik dan kecemerlangan Sabah dan rakyat Sabah, dan generasi akan datang – tidak lebih, tidak kurang. Salah satu langkah sedemikian adalah dengan menyokong padu Kerajaan Sarawak dalam tindakan yang diambil mereka dengan merujuk PDA74, CSA66 dan PMA66 yang menindas. Kejayaan Sarawak juga adalah kejayaan Sabah.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal