Sabah FC menang 3-1 atas Star City FC

45E5E91B B3B5 46D1 BAD7 46287665E8DA 9D451C1C 7101 40B3 A089 E56DAB4491E9

KOTA KINABALU: 25 Ogos 2026 — Sabah FC memulakan perlawanan pertama Liga Super dengan cemerlang selepas menewaskan Star City FC 3-1 di Stadium Likas, semalam.

Sabah FC menjaringkan gol pertama pada minit ke-26 menerusi sepakan Dane Ingham selepas menerima hantaran Fadzrul Danel.

Bagaimanapun, Star City FC menyamakan kedudukan 1-1 hanya tiga minit kemudian hasil tandukan Rafael Vitor melalui sepakan penjuru.

Kedua-dua pasukan terikat sama rata sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, Sabah FC terus menyerang. Pemain import, Park Jungbin, berjaya menjaringkan gol pada minit ke-67, tetapi gol itu dibatalkan oleh pengadil kerana offside.

Penyokong Sabah akhirnya bersorak gembira setelah pemain gantian, Darren Lok, menjaringkan gol kedua pada minit ke-88.

Sebelum perlawanan tamat, Park Jungbin menebus kekecewaannya dengan menjaringkan gol ketiga Sabah pada masa kecederaan, minit ke-90+4.

Kemenangan ini membolehkan Sabah FC mendapat tiga mata penuh yang berharga di laman sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal