Rumah SMJ ubah hidup keluarga penerima

IMG 4449

Oleh: Nurul.N

KOTA BELUD: Impian sebuah keluarga di Kampung Purak Ogis, Kadamaian untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai menerusi Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) selepas rumah baharu mereka siap dibina.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, berkata pembinaan rumah itu memberi keselesaan dan menjamin keselamatan keluarga Jerming Ning Bakait yang sebelum ini terpaksa tinggal bersama ahli keluarga lain kerana rumah lama uzur.

Beliau berkata demikian ketika meninjau rumah itu hari ini, susulan kunjungan terdahulu pada 21 Februari lalu untuk meneliti permohonan bantuan dan tapak cadangan pembinaan rumah baharu.

“Pada bulan Februari tahun ini, saya berkunjung ke rumah beliau, meneliti permohonan dan tapak yang dicadangkan.

“Syukur Rumah SMJ telah dibina dan pastinya akan memberikan keselesaan,” katanya.

fd72be31 6c7c 4b31 bd66 05cd688da9e9

Sebelum ini, keluarga Jerming terpaksa tinggal bersama kira-kira 20 ahli keluarga lain dalam sebuah rumah, termasuk lima adik-beradiknya yang masing-masing sudah berkeluarga.

Program Rumah Mesra SMJ merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk membantu golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

Menerusi Belanjawan Sabah 2026, kuota pembinaan Rumah Mesra SMJ ditingkatkan dari 40 ke 50 unit untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sepuluh daripada jumlah itu dikhaskan untuk golongan berumur 40 tahun ke bawah yang sudah berumah tangga tetapi belum memiliki kediaman sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal