RM723 juta perkukuh keselamatan ESS Zone

WhatsApp Image 2026 08 10 at 8.01.13 PM

SANDAKAN: 10 Ogos 2026 – Sebanyak RM723 juta dilaburkan dalam tempoh 13 tahun bagi memperkukuh keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone), sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap Pantai Timur Sabah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaburan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN), ESSCOM dan agensi keselamatan lain turut menyokong sektor pelancongan, pemuliharaan, pembangunan lestari dan pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan Malaysia telah melabur RM723 juta dalam tempoh 13 tahun untuk memperkukuh keselamatan di kawasan ESS Zone melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN), ESSCOM dan agensi keselamatan lain.

“Alhamdulillah, kita kini berada pada kedudukan yang jauh lebih baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Program Taklimat dan Tinjauan Keselamatan Bersama Perwakilan Asing ke ESS Zone Tahun 2026, di sini, Sabtu lalu.

WhatsApp Image 2026 08 10 at 8.01.14 PM 1

Beliau berkata, peningkatan keyakinan turut dilihat melalui jumlah pelawat Jepun yang meningkat daripada 6,000 kepada 9,000 orang pada tahun berikutnya.

“Keselamatan mencipta keyakinan. Keyakinan membolehkan pemuliharaan. Pemuliharaan menyokong pembangunan lestari dan pembangunan lestari menjana pertumbuhan ekonomi,” jelas beliau.

Saifuddin berkata, sejak Januari 2020, tiada kes penculikan untuk wang tebusan dilaporkan.

Malaysia kini berada di kedudukan ke-12 daripada 165 negara dalam Indeks Keamanan Global dan menyasarkan kelompok 10 terbaik menjelang Rancangan Malaysia Ke-13.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal