MATUNGGONG: 9 Ogos 2026 — Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM4.06 bilion untuk projek bekalan air luar bandar di seluruh Sabah, termasuk kawasan pedalaman Kudat dan Kota Marudu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata projek itu perlu dilaksanakan dengan segera supaya manfaatnya dinikmati rakyat dalam tempoh sewajarnya.

“Penyediaan bekalan air bersih perlu diberikan perhatian serius kerana ia merupakan keperluan asas rakyat,” katanya ketika merasmikan Festival Kebudayaan Suku Kaum Rungus di Dewan Pertubuhan Momogun Rungus Malaysia (PMRM), hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid menyatakan sokongan terhadap cadangan menaik taraf Daerah Kecil Matunggong kepada daerah penuh.
Perbincangan mengenai perkara itu akan diadakan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan barisan Kabinet.
Ahmad Zahid turut mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memulakan kerja membaik pulih Dewan Komuniti Matunggong.
Sumber: JAPEN

