KOTA KINABALU: 20 Julai 2026 – Kerajaan Sabah menegaskan bayaran Pemberian Khas sebanyak RM1.5 bilion yang diumumkan Kerajaan Persekutuan hanyalah penyelesaian interim dan tidak menjejaskan tuntutan negeri terhadap pelaksanaan formula 40 peratus seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri tetap berpendirian bahawa rundingan berhubung amaun muktamad Pemberian Khas perlu diteruskan selaras dengan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tamparuli), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (Senallang) dan Tuan Alias Sani (Sekong) mengenai status pembayaran Pemberian Khas RM1.5 bilion dan rundingan berkaitan tuntutan 40 peratus pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.
Masidi berkata, Kerajaan Sabah telah menerima bayaran interim sebanyak RM600 juta dari Kerajaan Persekutuan pada 12 Jun lalu, manakala baki RM900 juta telah dipohon supaya disalurkan dalam tahun ini.
“Kerajaan Sabah telah menerima bayaran interim Pemberian Khas bagi tahun 2026 berjumlah RM600 juta dari Kerajaan Persekutuan pada 12 Jun 2026. Sehubungan itu, Kerajaan Sabah telah memohon agar baki sebanyak RM900 juta disalurkan kepada Kerajaan Sabah dalam tahun ini juga.”
Beliau berkata, persetujuan terhadap kadar baharu bayaran Pemberian Khas sebanyak RM1.5 bilion tidak boleh dianggap sebagai persetujuan terhadap amaun muktamad yang sepatutnya diterima Sabah.
Katanya, persetujuan itu dibuat tanpa prejudis terhadap hak-hak Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan serta tidak menjejaskan rundingan berhubung pelaksanaan formula 40 peratus.
“Kerajaan Sabah kekal berpendirian tegas bahawa formula 40% sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.”
Menurut beliau, sekiranya persetujuan mengenai amaun muktamad Pemberian Khas tidak dapat dicapai melalui rundingan, kerajaan negeri berpandangan pelantikan seorang penaksir bebas seperti diperuntukkan di bawah Perkara 112D(6) Perlembagaan Persekutuan perlu dilaksanakan demi menentukan amaun yang sewajarnya diterima Sabah.gan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.
“Pengalihan utiliti, iaitu pemindahan tiang elektrik merupakan antara faktor yang memberi kesan kepada kemajuan projek.”
Beliau berkata, proses pengalihan utiliti bukan sekadar membabitkan pemindahan tiang elektrik, malah melibatkan kabel telekomunikasi dan aset utiliti lain dalam jajaran pembinaan. Ia turut merangkumi pengesahan kedudukan utiliti, penyediaan reka bentuk, kelulusan teknikal, penyediaan koridor utiliti dan penyelarasan dengan pemilik utiliti sebelum kerja pembinaan dapat diteruskan.
Menurut beliau, kelewatan projek turut dipengaruhi proses pengambilan tanah, keadaan geoteknik di lokasi tertentu, penyelesaian isu teknikal di tapak serta prestasi kontraktor mengikut pakej masing-masing.
Untuk mempercepatkan pelaksanaan projek, kerajaan memperkukuh mekanisme penyelarasan melalui Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo dan mesyuarat penyelarasan berkala di peringkat tapak. Isu-isu kritikal yang memerlukan keputusan dasar turut dibawa ke peringkat pengurusan tertinggi melibatkan kementerian berkaitan untuk mempercepatkan penyelesaiannya.
“Pendekatan ini membolehkan isu-isu pelaksanaan dikenal pasti dan diselesaikan lebih awal, sekali gus mengurangkan risiko kelewatan semasa fasa pembinaan.”
Beliau berkata, kerajaan akan terus memberi penekanan kepada penyediaan reka bentuk terperinci, pengambilan tanah dan pengalihan utiliti lebih awal untuk projek infrastruktur akan datang, di samping memantau pelaksanaan setiap pakej Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah demi memastikan projek itu dapat disiapkan secara teratur, berkualiti serta memberi manfaat kepada rakyat dan pembangunan Sabah.

