KOTA KINABALU: 16 Mei 2026 – PROTON secara rasmi melancarkan konvoi PROTON 10,000 sMILEs Expedition, sebuah perjalanan rentas sempadan merangkumi Sabah, Sarawak dan Brunei sempena sambutan Visit Malaysia 2026 dan musim perayaan Kaamatan.

1. Mr. Thomas Chiu, CEO of Fook Loi Corporation Sdn Bhd
2. Datuk Dr. Evaritus Gungkit, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat KDCA (Persatuan
Kebudayaan Kadazan Dusun Sabah).
3. Suzanne Lujain-Bingkasan, CEO TV Sabah.
4. Mr Steven Zhou, Deputy Director Marketing
5. Mr Alex Li, Deputy Director Sales.
6. Eron Constantine, Area Operation Manager Sabah Region
Ekspedisi ini membawa slogan tempatan “Senyum Dulu Bah” dan “Senyum Sikit, Mok Nangga” bagi meraikan kemesraan serta semangat komuniti Malaysia Timur menerusi pelbagai aktiviti budaya, interaksi pelanggan dan program bersama pusat jualan sepanjang lima pusingan perjalanan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa berkata, Sabah dan Sarawak merupakan tempat lahirnya generasi pelanggan setia PROTON. “Ekspedisi ini menjadi penghargaan kepada sokongan berterusan masyarakat Malaysia Timur,” katanya.
Sejak 2018 hingga 2025, jualan PROTON di rantau ini meningkat 283 peratus dengan pegangan pasaran naik dari 10 peratus ke 21 peratus. PROTON kini mempunyai 26 pusat jualan dan servis di Sabah dan Sarawak, termasuk dua cawangan di Brunei.
Pusingan pertama ekspedisi bermula di Kota Kinabalu dan Kundasang, sebelum meneruskan perjalanan ke seluruh Sabah, Sarawak dan Brunei. Orang ramai boleh menyertai aktiviti sepanjang kempen berlangsung.
Untuk maklumat lanjut, lokasi terkini konvoi dan aktiviti awam yang akan datang, pelanggan boleh mengikuti PROTON Cars Official di semua platform media sosial utama serta mengunjungi cawangan PROTON yang mengambil bahagian sepanjang kempen ini.
Mengenai PROTON:
PROTON Holdings Bhd (PROTON) bermula sebagai projek kereta nasional pertama Malaysia, yang diasaskan dengan tujuan untuk mempercepat pembangunan ekonomi Malaysia dan meletakkan asas bagi industri automotif tempatan. Pada 2017, PROTON memasuki fasa seterusnya untuk menjadi jenama automotif moden dan global melalui kerjasama antara dua prinsipal, DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding Group. Hari ini, PROTON terus menggembirakan pelanggannya dengan kereta yang berlandaskan janji jenamanya untuk Menginspirasi Hubungan dan ditubuhkan di atas nilai terasnya untuk sentiasa menyampaikan Teknologi Inovatif, Kebolehpercayaan, dan piawaian Antarabangsa
