Polis Siasat Kes Curi Dompet di Emart Lintas Jaya Kota Kinabalu

photo 2025 10 21 16 26 07

KOTA KINABALU: 21 Oktober 2025 — Polis sedang mengesan seorang wanita disyaki terlibat dalam kes kecurian dompet milik seorang pelanggan di Pasaraya Emart Lintas Jaya, Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang membuat pembayaran di kaunter pasaraya tersebut sebelum menyedari dompetnya yang disimpan di dalam beg sandang telah hilang.

Dompet berkenaan mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad kredit Public Bank serta wang tunai dianggarkan berjumlah RM400.

photo 2025 10 21 16 26 02

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita mengambil dompet mangsa tanpa disedari sebelum menggunakan kad kredit berkenaan untuk membeli sebuah kipas angin dan membuat pembayaran di kaunter sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau mengenali individu terlibat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di talian 088-529222 bagi membantu siasatan.

Dalam masa sama, polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap barangan peribadi masing-masing, khususnya ketika berada di tempat awam bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Sumber: Polis Daerah Kota Kinabalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Click the Image for Exclusive Info


This will close in 10 seconds

TV Sabah | News Portal