Polis Siasat Kereta Peronda Langgar Lampu Merah di Seremban

photo 2025 09 18 22 22 42

SEREMBAN: 17 September 2025 – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video yang memaparkan sebuah kereta peronda didakwa melanggar lampu isyarat merah di persimpangan NSK, Jalan Haruan 2 pada malam, 16 September lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata pihaknya sudah mengenal pasti anggota terbabit dan tindakan dalaman akan diambil setelah siasatan selesai.

Beliau menegaskan bahawa setiap pegawai serta anggota polis tertakluk kepada undang-undang jalan raya, kecuali dalam keadaan tertentu melibatkan tugasan kecemasan yang memerlukan tindakan segera.

Katanya, sekiranya terbukti berlaku pelanggaran prosedur, tindakan sewajarnya akan dikenakan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian itu, sebaliknya merujuk saluran rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengelakkan kekeliruan serta menjaga ketenteraman awam.

Sebelum ini, rakaman video tular menunjukkan sebuah kereta peronda hampir melanggar kenderaan lain selepas dipercayai melanggar lampu merah, namun pemandu awam sempat membrek.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Click the Image for Exclusive Info


This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal