Petrova mendahului dengan 73.18 peratus diikuti Joy dan Dabra di Minggu 2 Borneo Rising

WhatsApp Image 2026 09 14 at 3.15.35 PM

Oleh: Nurul Fazliana Norman

PENAMPANG: 14 September 2026 – Petrova mendahului Konsert Minggu Ke-2 Borneo Rising dengan markah keseluruhan 73.18 peratus, diikuti Joy di tempat kedua dengan 64.36 peratus dan Dabra di tempat ketiga dengan 63.59 peratus, pada konsert yang berlangsung di ITCC Mall, Penampang, semalam.

Konsert bertemakan ‘Trend X Ethnic’ itu menyaksikan 12 peserta bersaing untuk merebut kedudukan terbaik.

Harvard menduduki tempat keempat dengan 61.01 peratus, diikuti Harris dengan 59.90 peratus dan Afiq di tempat keenam dengan 59.74 peratus.

Syukri pula berada di tempat ketujuh dengan 57.90 peratus, diikuti Rizzani dengan 54.25 peratus dan Faris di tempat kesembilan dengan 50.66 peratus.

Michelle berada di tempat ke-10 dengan 48.27 peratus, diikuti Jecinta di tempat ke-11 dengan 42.04 peratus dan Aadel di kedudukan terakhir dengan 39.04 peratus.

Petrova turut membawa pulang RM1,000 selepas dipilih sebagai pemenang Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi pada segmen akhir.

Pihak juri mengambil keputusan menyelamatkan Michelle pada saat akhir, sekali gus membolehkannya meneruskan saingan.

Jecinta dan Aadel pula perlu menentukan nasib mereka pada Minggu Ke-3 menerusi pertandingan battle di segmen pertama.

WhatsApp Image 2026 09 14 at 3.15.35 PM 1

Borneo Rising diadili tiga juri tetap iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah, dengan 80 peratus pemarkahan ditentukan juri profesional dan 20 peratus menerusi undian penonton.

WhatsApp Image 2026 09 14 at 3.15.35 PM 2

Program yang dihoskan Zizan Razak dan Azeva itu berlangsung selama lapan minggu bermula 6 September hingga 25 Oktober 2026, secara langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah, setiap Ahad jam 9 malam.

Borneo Rising disiarkan menerusi Astro Ria saluran 104 dan TV Okey saluran 146, selain boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal