Pertahanan Negara perkukuh hubungan dengan masyarakat

photo 2026 05 21 12 08 35

KUALA PENYU: 20 Mei 2026 – Usaha memperkukuh kerjasama antara pihak tentera dan masyarakat terus diperkasa menerusi pelaksanaan Program Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 Peringkat 5 Divisyen yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Kuala Penyu, Sabah.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Komander Artileri 5 Divisyen, Kolonel Hj. Hizamuddin Haris dan dilaksanakan selaras dengan Teras 4 PSPN 2026–2030 yang memberi penekanan kepada pengukuhan Kerjasama Awam-Tentera atau Civil-Military Cooperation (CIMIC).

photo 2026 05 21 12 08 39

Pelaksanaan program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan serta tanggungjawab bersama dalam mempertahankan kedaulatan negara, di samping mempererat hubungan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan komuniti setempat.

Program berkenaan juga mendukung pendekatan Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) seperti yang digariskan dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-31, dengan penglibatan pelbagai agensi dan komuniti dalam usaha memperkukuh aspek pertahanan negara secara menyeluruh.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung termasuk pameran ketenteraan, promosi Askar Wataniah, persembahan pancaragam, demonstrasi tempur tanpa senjata dan Jualan MADANI.

Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat setempat, malah memberi peluang kepada orang ramai memahami dengan lebih dekat fungsi dan peranan Tentera Darat Malaysia.

photo 2026 05 21 12 08 45

Penganjuran program itu turut menjadi platform untuk menyokong pelaksanaan PSPN 2026–2030 di peringkat Kementerian Pertahanan, selain meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap tanggungjawab TDM ketika waktu aman.

Inisiatif tersebut juga dilihat mampu memperkukuh hubungan strategik antara pihak tentera dan masyarakat awam, khususnya di kawasan pedalaman dan sempadan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal