“Perjanjian Petronas mesti disemak semula” – Ewon

1A1F2E20 4941 4A65 ADE8 C99752ED9117 AD70A326 AA30 4755 92FE F7A20247877D

PENAMPANG: 10 Ogos 2026 — Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mendesak Perjanjian Petronas 1976 disemak semula.

Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, berkata desakan itu susulan pendedahan mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Pairin Kitingan, bahawa perjanjian terbabit tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Sabah.

“UPKO mendesak supaya Perjanjian Petronas mesti disemak semula,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO Ke-17 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA, di sini, hari ini.

Ewon berkata, UPKO tidak bersetuju dengan pandangan bahawa isu minyak dan gas adalah bidang kuasa Persekutuan semata-mata kerana Akta Kemajuan Petroleum 1974 diluluskan di Parlimen.

Menurutnya, sebarang perkara yang memberi kesan besar kepada Sabah seharusnya mendapat persetujuan Kerajaan Sabah.

UPKO turut menuntut pembayaran penuh 40 peratus hasil kepada Sabah.

Ewon menegaskan pembayaran interim yang diterima sekarang hanya langkah sementara dan tidak seharusnya berterusan.

Alasan konflik atau peperangan di negara lain, katanya, tidak seharusnya melambatkan pembayaran penuh itu.

UPKO mencadangkan pendekatan yang pernah dilaksanakan pada awal 1960-an ketika Singapura masih dalam Persekutuan Malaysia.

Melalui pendekatan itu, 40 peratus pungutan hasil Persekutuan dikekalkan di Sabah dan disalurkan terus kepada Kerajaan Sabah, manakala 60 peratus ke akaun Kerajaan Persekutuan.

“Ini boleh dibincang cara mekanismenya. Kalau dulu Singapura boleh buat begitu, saya tidak melihat ia sukar dilaksanakan,” katanya.

Pendirian itu akan dibahaskan perwakilan UPKO. Jika dipersetujui, Ewon akan membawa mandat itu kepada Ketua Menteri Sabah selaku Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pimpinan tertinggi GRS dan Kerajaan Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal