Penunggang motosikal maut selepas bertembung pacuan empat roda

IMG 2960

Oleh: Nurul Fazliana Norman

SEMPORNA: 2 Oktober 2026 – Seorang lelaki berusia 60-an maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 22, Jalan Semporna-Tawau, semalam.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 50-an bertembung dengan motosikal yang keluar dari sebuah simpang jalan.

Pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda antara RM20,000 hingga RM50,000 jika disabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Semporna, Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray di talian 012-3650021, Balai Polis Semporna di talian 089-782020 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya memandu dengan cermat dan berhati-hati untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Sumber: Polis Daerah Semporna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal