Penunggang motosikal 18 tahun maut di Jalan Lintas

FB IMG 1794115231518

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

KOTA KINABALU: 8 November 2026 – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Lintas, berhampiran City Mall, semalam.

Kemalangan dipercayai berlaku semasa sebuah Isuzu D-Max dipandu lelaki berusia 45 tahun membuat pusingan U. Motosikal Honda CBR150 yang ditunggang mangsa sedang bergerak lurus di lorong kedua dari kiri, dari arah Bukit Padang menuju Inanam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Shahrudin bin Mat Husain, berkata pelanggaran pada bahagian hadapan kiri kenderaan itu menyebabkan penunggang motosikal tercampak ke atas jalan raya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II (HQE II). Mayatnya kemudian dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama untuk bedah siasat.

Pemandu Isuzu D-Max berusia 45 tahun ditahan untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Polis Daerah Kota Kinabalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal