Penduduk diseru jadi mata dan telinga kerajaan

WhatsApp Image 2026 07 26 at 5.16.08 PM

PUTATAN: 26 Julai 2026 – Penduduk kampung diseru menjadi ‘mata dan telinga’ kepada kerajaan. Usaha itu bertujuan meningkatkan kualiti persekitaran yang selesa dan selamat.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata wakil masyarakat dan ketua kampung perlu lebih bertanggungjawab. Mereka harus melaporkan sebarang isu kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, langkah itu penting agar kerajaan, jabatan dan agensi berkaitan dapat menyelesaikan masalah keselamatan, infrastruktur dan isu tempatan dengan lebih efektif.

“Kita mahu semua berganding bahu menjaga dan mensejahterakan kampung masing-masing,” katanya dalam program walkabout malam sempena Jom Ronda Skim Rondaan Sukarela KRT Petagas di Kampung Sekambu, pada Sabtu malam.

Shahelmey yang juga Pengerusi Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) turut meninjau keadaan struktur kampung bersama rombongan.

Beliau berkata program itu membolehkan pihaknya melihat sendiri isu keselamatan dan suasana kampung pada waktu malam. Antara masalah yang dikesan ialah lampu jalan tidak berfungsi dan potensi pembinaan pos KRT di kawasan itu.

“Saya berharap program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan untuk memastikan kawasan Petagas kekal selesa dan selamat,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal