Pelayar Sabah sumbang dua emas di Batu Laut

IMG 1475

BATU LAUT, 22 Ogos 2026 — Kontinjen Sabah meraih dua emas dalam sukan pelayaran di Pusat Latihan Perahu Layar Batu Laut.

Muhammad Aiman Aqeel Mohd Firdaus menjuarai kelas ILCA 4 Lelaki, manakala Nur Hafizanah Zailan muncul juara ILCA 4 Wanita.

IMG 1476

Aiman, 16, mengumpul 19 mata bersih selepas 12 perlumbaan dan memenangi tiga perlumbaan terakhir.

Nur Hafizanah, 17, mencatat 14 mata bersih dan memenangi tujuh daripada 12 perlumbaan.

Sabah turut meraih tiga gangsa menerusi Mohammad Syahieradham dalam ILCA 6 Lelaki, gandingan Danyal dan Muhammad Iftittah dalam International 420 Lelaki, dan gandingan Bibi Qeesha dan Natasha Wong See Kei dalam International 420 Wanita.

Setakat 11.20 malam kelmarin, Sabah mengumpul 20 emas, 17 perak dan 20 gangsa untuk berada di kedudukan kelapan keseluruhan. Dua emas pelayaran ini akan dimasukkan ke dalam pungutan rasmi pada 22 Ogos.

Sumber: Majlis Sukan Belia Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal