KOTA MARUDU: 13 Oktober 2026: Niat seorang nelayan untuk menarik pukat bertukar menjadi detik cemas apabila mendapati seekor buaya seberat 100 kilogram (kg) terperangkap di dalam pukatnya di Kampung Birahan, pagi tadi.
Skuad Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Marudu yang diketuai oleh L/KPL (PA) Ahzizi Junaidi bersama empat anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) segera bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan dari orang awam.

Buaya sepanjang lapan kaki itu berjaya dikesan menggunakan perahu milik pengadu dan ditangkap dalam keadaan masih hidup
Buaya sepanjang lapan kaki itu berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Marudu sejurus menerima panggilan kecemasan dari orang awam.
Susulan kejadian tersebut, pihak APM mengeluarkan peringatan tegas kepada komuniti maritim dan orang awam agar sentiasa berwaspada ketika menjalankan sebarang aktiviti di perairan, terutamanya di kawasan yang menjadi habitat reptilia ganas itu.
Sebarang insiden kecemasan di daerah ini boleh dilaporkan terus melalui talian standard 999 atau talian pintas Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kota Marudu di talian 088-661656.
Sumber: APM Kota Marudu

