NACSA pastikan keselamatan siber negara terkawal, rakyat diseru hentikan dakwaan tidak sahih

IMG 4098

Oleh: Nurul Fazliana Norman

PUTRAJAYA: 8 November 2026 – Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) memastikan situasi keselamatan siber negara kekal terkawal susulan insiden keselamatan dan gangguan sistem membabitkan beberapa institusi kewangan. Tahap ancaman keselamatan siber negara kini berada pada tahap Sederhana.

Menerusi Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4), NACSA memaklumkan pemantauan berterusan dijalankan untuk memastikan sebarang ancaman dikesan dan ditangani segera.

“Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara (NCTL) kekal pada tahap Sederhana dan NACSA menegaskan bahawa situasi keselamatan siber negara berada dalam keadaan yang terkawal,” menurut kenyataan NACSA.

NACSA turut bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan. Bank Negara Malaysia selaku Ketua Sektor Perbankan dan Kewangan melaksanakan langkah kesiapsiagaan menyeluruh, termasuk pemantauan tahap keselamatan siber entiti Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).

Kerjasama dengan Ketua Sektor dan entiti NCII diteruskan untuk memastikan perkhidmatan penting negara beroperasi lancar.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai atau menyebarkan dakwaan berkaitan serangan siber yang belum disahkan, termasuk hantaran tular di media sosial.

Orang ramai diminta merujuk saluran rasmi kerajaan, Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat sahih.

Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan NACSA akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal