Mohd Sukandar Zakri raih kemenangan KO 30 saat pada penampilan profesional perdana

d7c7116a ebf8 417a 88fb bb5d8ddd62e7

Oleh: Nurul Fazliana Norman

PUTATAN: 18 Julai 2026 – Peninju kelahiran Terengganu, Mohd Sukandar Zakri, memulakan kerjaya profesionalnya dengan penuh bergaya setelah mencatat kemenangan kalah mati (KO) hanya dalam masa 30 saat pada kejohanan BAM Championship yang berlangsung di Dewan Sri Putatan, semalam.

Kemenangan mengejut itu nyata di luar jangkaan Sukandar, yang sebelum perlawanan menyasarkan untuk beraksi sekurang-kurangnya tiga atau empat pusingan untuk mengutip pengalaman sebanyak mungkin di pentas profesional.

“Saya tidak sangka boleh menang KO begitu cepat. Niat asal saya adalah untuk bertahan lebih lama, kerana ini perlawanan pertama saya, saya mahu merasai permainan sebenar,” katanya ketika ditemui selepas pertarungan.

Bagaimanapun, petinju berusia 34 tahun itu mengakui terdapat ruang untuk penambahbaikan, terutamanya dari segi stamina, walaupun beliau memuji semangat lawan yang ditampilkan sepanjang perlawanan.

9577b9cf 741d 442f 9d84 027f535cb3fb 4C84DBB9 BB98 4F4B 814E E7536EC28A73

Persiapan Sukandar menghadapi debut ini dilakukan secara berdikari – tanpa jurulatih tetap – dengan rutin latihan yang padat di luar waktu kerjanya.

“Sebelum ni saya training dalam camp, tapi sekarang ni saya training sendiri, habis kerja luar, malam pergi training, pagi lari sekejap sebelum pergi kerja, malam sambung training lagi.” jelasnya.

Kemenangan perdana itu, katanya, menjadi suntikan motivasi untuk terus memperbaiki kemahiran dan konsistensi dalam sukan tinju.

Sukandar turut menzahirkan harapan untuk menerima peluang bertarung pada masa hadapan. “Insya-Allah, jika ada yang memanggil saya lagi, saya akan turun bertanding,” tambahnya.

ba513e51 35f2 4d6a 976e 0ee3563be76f AA4CDD60 5C4D 43B5 852D 406ACA0FD105

Beliau menggesa atlet-atlet muda yang menceburi bidang tinju agar tidak mudah putus asa dalam mengejar cita-cita, sambil menekankan kepentingan disiplin dan ketekunan walaupun terpaksa membahagikan masa antara pekerjaan dan latihan.

Kejohanan BAM Championship di Putatan itu menyaksikan penyertaan petinju-petinju dari seluruh negara, dan kemenangan pantas Sukandar menjadi salah satu aksi yang paling menjadi perhatian pada malam pembukaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal