Mantan TYT Ke-9 Sabah Meninggal Dunia

Share the news

KOTA KINABALU, 21 Mei 2025 – Berita pemergian Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah, Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-9, pada usia 79 tahun, disahkan oleh ahli keluarga beliau, Arfanshah Abdul Gafar, menerusi satu hantaran di Facebook, dan disusuli dengan kenyatan media rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, kelmarin.

Tun Ahmadshah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di sini. Beliau dilahirkan pada 9 Disember 1946, dan menjawat jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah dari tahun 2003 hingga 2010. Sebelum menjawat jawatan tertinggi negeri itu, Tun Ahmadshah telah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, memberikan sumbangan besar kepada pentadbiran negeri.

Pemergian Tun Ahmadshah merupakan satu kehilangan besar bagi Sabah. Sepanjang perkhidmatan beliau, Tun Ahmadshah dikenali sebagai seorang pemimpin yang berdedikasi dan berwibawa. Beliau telah memainkan peranan penting dalam memajukan negeri Sabah dalam pelbagai bidang. Sumbangan dan jasa beliau akan sentiasa dikenang oleh rakyat Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal