Lelaki maut selepas terbabas, langgar pokok di jalan Tuaran Bypass

11550198 18db 4eab 878f b101b284d381

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 4 Oktober 2026 – Seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas Mitsubishi Triton dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Tuaran Bypass, berhampiran Chan Furniture, sekitar jam 12.30 tengah malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Shahrudin Mat Husain, mangsa yang memandu bersendirian dipercayai dalam perjalanan dari arah Tebobon menuju ke pusat bandaraya Kota Kinabalu sebelum kenderaan dipandunya hilang kawalan setibanya di lokasi kejadian.

Kenderaan itu kemudian terbabas ke bahu kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

Akibat kemalangan, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan tidak sedarkan diri sebelum dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Likas.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 1.31 pagi oleh pegawai perubatan.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Brymenedren Godon di talian 010-7768802 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Polis Daerah Kota Kinabalu turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu dengan cermat, berhemah dan mematuhi peraturan lalu lintas untuk keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Sumber: Polis Daerah Kota Kinabalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal