Lapan ahli Geng Yunaa diberkas dalam Op Angel

WhatsApp Image 2026 09 18 at 10.25.13 AM

Oleh: Zaidul Khair bin Jungkim

SELANGOR: 6 Oktober 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas lapan individu tempatan berusia 20 hingga 43 tahun disyaki terbabit kumpulan jenayah terancang Geng Yunaa menerusi Op Angel di Kuala Lumpur, Selangor, Johor.

Operasi itu digerakkan Cawangan D7, D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor dengan bantuan Bahagian D3 Bukit Aman, Bahagian E1 Bukit Aman, JSJ IPK Johor.

Kesemua suspek ditahan di beberapa premis kediaman, perniagaan untuk siasatan lanjut. Lima premis turut diserbu menerusi operasi bersepadu itu.

Geng Yunaa dipercayai aktif sejak 2024, dikaitkan dengan 17 kes menawarkan khidmat seks, termasuk dakwaan mengeksploitasi kanak-kanak, remaja untuk aktiviti pelacuran.

Kesemua suspek direman 28 hari mengikut Seksyen 4(5) SOSMA 2012. Siasatan terhadap tangkapan di premis dijalankan mengikut Seksyen 373, 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: JSJ PDRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal