Tuesday, December 24, 2024

BN menang, lapangan terbang taraf antarabangsa Lahad Datu akan dibina

Datuk Mohamaddin Ketapi berucap di majlis itu.

LAHAD DATU: Lahad Datu yang menerima ramai pelancong berkunjung meramalkan ia bakal menjadi hub pelancongan di Pantai Timur jika lapangan terbang bertaraf antarabangsa dibina di sana.

Ahli Dewan Undangan Negeri Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pembinaan itu hanya dapat direalisasikan selepas Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Lahad Datu dalam pilihan raya yang akan diadakan pada Sabtu ini.

“Jika kerajaan BN memenangi PRU-15 kali ini, projek itu akan dilaksanakan. Sepatutnya lapangan terbang ini sudah dibina tetapi tergendala kerana kerajaan saling bertukar ganti,” katanya di majlis kempen calon BN Parlimen Lahad Datu di kampung Kokos batu 6 dekat sini.

Kata Mohammaddin, ketika dia menyandang Ahli Parlimen Lahad Datu, dia pernah meminta sokongan Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Bin Yaakob untuk membina lapangan terbang dan juga membina Sekolah Menengah Agama di Lahad Datu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memberikan kelulusan untuk membina lapangan terbang berkenaan.

“Permohonan saya telah disokong dan peruntukan membina Sekolah Menengah Agama sudah ada tetapi belum ada lokasi yang sesuai ketika ini,” katanya menggesa penduduk Lahad Datu turun mengundi pada 19 November ini.

Mohamaddin juga memohon tapak Dewan Kampung Kokos dapat dibangunkan serta dibaik pulih memandangkan keadaan dewan agak uzur.

Turut hadiri Datin Maizatul Akmam Alawi, Datuk Noraini Idris, Ketua Penerangan Wanita UMNO Sabah, Mejar (K) Halid Harun, Ketua Bahagian UMNO Lahad Datu merangkap Pengarah Jentera Pilihanraya BN Lahad Datu, Datuk Teah Heok Kuin, Ketua Bahagian MCA Lahad Datu.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights