Jawatankuasa Pembangunan Skim Nabawan Diaktifkan Semula Selepas Enam Dekad

nabawan3b.11

NABAWAN: 21 April 2026  – Isu berkaitan skim penempatan tanah di Nabawan yang berlarutan hampir 58 tahun kini diberi perhatian serius apabila jawatankuasa pembangunan skim tersebut diaktifkan semula bagi mempercepat penyelesaian isu pemilikan tanah, pembangunan kawasan, dan hak penduduk.

nabawan2 1

Jamawai menyantuni penduduk ketika memasuki dewan.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, keputusan itu dibuat selepas sesi dialog bersama penduduk di Dewan Majlis Daerah Nabawan, hari ini.

Menurutnya, skim berkenaan wujud sejak 1958 namun pelbagai isu masih belum selesai, termasuk hak penduduk yang berpindah dari kampung asal sejak 1960-an.

Jelasnya lagi, tindakan susulan akan diambil untuk memastikan hak penduduk di kawasan itu dapat dipenuhi selepas melalui proses penilaian di peringkat daerah.

“Jawatankuasa ini dipengerusikan Pegawai Daerah dan diselaraskan bersama ADUN Nabawan. Semua cadangan akan dikumpul dan diperhalusi sebelum dibawa ke kementerian untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Jamawi menjelaskan kementerian telah menggariskan beberapa fokus utama termasuk aspek keterjaminan makanan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import.

Beliau turut menegaskan komitmen kementerian untuk membangunkan tanah-tanah yang telah digazetkan, meningkatkan ekonomi setempat, dan membuka peluang pekerjaan kepada generasi kedua, ketiga dan keempat penduduk Nabawan.

nabawan1

Jamawi merakamkan kenangan bersama semua yang hadir

Turut hadir ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, dan mantan ADUN Nabawan, Senator Datuk Bobbey Suan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal