“Jangan anggap kampung kecil tak mampu maju.” – Victor

Victor

TAMBUNAN: “Perubahan bermula dari diri kita. Jangan sesekali menganggap kampung kecil sehingga tidak mampu membangun maju,” tegas Dato’ Victor Peter Paut ketika merasmikan Program Gotong Royong Perdana di Kampung Sunsuron, Tambunan, pada Sabtu.

Beliau menyeru penduduk supaya terus bersatu dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah, sebaliknya menilai pembangunan berdasarkan fakta dan pencapaian kerajaan.

Victor, yang juga pemimpin Ketua Bahagian Parti PGRS Tambunan berkata, gotong-royong adalah lambang perpaduan dan kekuatan masyarakat.

“Kampung yang bersih cerminan penduduk berdisiplin, kampung bersatu padu akan dihormati dan mampu hadapi cabaran,” katanya, sambil yakin Kampung Sunsuron mampu menjadi kampung contoh yang bersih, maju, aman dan disegani.

Beliau turut mengingatkan bahawa kestabilan politik di bawah Kerajaan GRS menjamin pembangunan dan kebajikan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal