James Ratib galak anak Sabah ceburi kerjaya sains dan teknologi

IMG 0659

KOTA KINABALU, 8 Ogos 2026 — Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI), Datuk James Ratib menggalakkan lebih ramai anak Sabah memilih kerjaya dalam bidang sains, teknologi dan penyelidikan.

Beliau berkata, penyertaan pegawai Jabatan Perikanan Sabah bersama pensyarah dan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam ekspedisi saintifik Kapal Penyelidikan Tan Kah Kee (RVTKK) adalah pelaburan strategik membangunkan bakat saintifik di Sabah.

“Ini merupakan peluang penting untuk memperkukuh kepakaran tempatan dan menggalakkan kerjasama penyelidikan antarabangsa pada masa hadapan,” katanya.

IMG 0660 1

Ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri KPSTI, Jordan Jude Ellron pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Kapal Penyelidikan Tan Kah Kee di Pelabuhan Kota Kinabalu, pada Khamis.

James berkata, kapal itu dilengkapi kemudahan penyelidikan moden yang menyokong kajian biodiversiti marin, perikanan, perubahan iklim, oseanografi dan pemetaan dasar laut.

Beliau menggalakkan pelajar mengunjungi kapal berkenaan pada 7 dan 8 Ogos di Pelabuhan Kota Kinabalu.

Hadir sama Presiden Xiamen University Malaysia, Prof Dr Wang Rui Fang, Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr Zhu Xinglong dan Rektor UiTM Cawangan Sabah, Prof Madya Dr Rozita @Uji Mohammed.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal