“Saya benar-benar fikir saya menang” – Josephine hormati keputusan juri

f7a71482 0003 4e3c 88df 45d2efd0cb66

KOTA KINABALU: 18 Julai 2026 – Petinju profesional Josephine Pui Yin mengakui kecewa dengan keputusan seri ketika menentang Meredy Micheal dalam kategori Minimumweight pada BAM Championship di Dewan Tertutup Putatan semalam, namun tetap menghormati keputusan yang dibuat barisan juri.

Josephine berkata beliau percaya telah melakukan secukupnya untuk meraih kemenangan, namun menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan berazam untuk tampil lebih baik pada perlawanan akan datang.

a0f4525d 3fae 4f44 ae39 9dfe9eb9f590

“Sebenarnya bukan keputusan yang saya harapkan kerana saya benar-benar fikir saya menang perlawanan itu. Tetapi kalau keputusan dari juri sudah begitu, saya menghormatinya. Harapnya, pada masa depan saya akan buat yang lebih baik supaya perkara begini tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Beliau menyifatkan pertarungan itu sebagai satu cabaran yang baik dan berkata latihan yang dijalani di Filipina memberi impak positif terhadap persembahannya di gelanggang.

c2d5da39 243f 430a b952 ff5770632798

Menurut Josephine, pusingan keempat merupakan detik paling mencabar kerana beliau merasakan Meredy meningkatkan tekanan dan berusaha mengubah rentak pertarungan.

Sebagai persiapan menghadapi BAM Championship, Josephine hanya mempunyai tempoh latihan selama 14 hari selain perlu menurunkan berat badan sebanyak empat kilogram sebelum perlawanan.

6f643180 29cb 40ca 9193 4d645a971078

Bagaimanapun, beliau menegaskan tempoh persiapan yang singkat bukan alasan kerana setiap petinju profesional perlu bersedia menghadapi segala cabaran dan pengorbanan demi sukan yang diminati.

“Sebagai seorang boxer, benda-benda begini bukan alasan untuk kami. Kami dibuat untuk melalui semua perjuangan ini. Kesakitan dan kemenangan memang sebahagian daripada permainan ini,” katanya.

d14afb00 ceb3 40c7 b0c9 80454a5651cf

Perlawanan menentang Meredy merupakan aksi profesional kedua Josephine selepas tewas pada penampilan sulungnya sebelum ini, sekali gus menjadikan rekod profesionalnya satu kekalahan dan satu keputusan seri.

Josephine turut memuji prestasi Meredy yang disifatkannya bijak mengawal jarak dan memiliki kombinasi pukulan yang baik, selain itu turut berharap petinju Sabah itu terus mencipta kejayaan dalam arena profesional.

“Untuk lawan saya, Meredy, saya berharap semuanya berjaya. Ramai rakyat Sabah melihat Meredy sebagai bintang. Saya berada di sini bukan untuk menghalang orang mencapai impian mereka. Semua orang sedang mengejar impian masing-masing,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penyokong, ahli keluarga, jurulatih Antonio, rakan-rakan dan penajanya yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang perjalanan karier tinju profesionalnya.

Josephine berkata beliau akan terus menjalani latihan dan menyasarkan kedudukan yang lebih baik dalam ranking tinju profesional sebagai matlamat jangka pendek, selain menganggap faktor usia bukan penghalang untuk terus bersaing dalam sukan itu.

“Age is not an excuse. In Malaysia, there are not many boxers, so that’s what motivates me to fight. My next goal is to continue training and hopefully, I will be promoted to a professional ranking. That’s my short but achievable goal,” katanya.

Dengan pengalaman yang diraih di BAM Championship, Josephine berharap dapat terus memperbaiki kelemahan dan tampil lebih kompetitif dalam pertandingan akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal