Hujan, ribut petir di beberapa kawasan Sabah tiga hari ini

WhatsApp Image 2026 11 27 at 11.46.58 AM

Oleh David E.

KOTA KINABALU: Penduduk di Sabah dinasihatkan berwaspada dengan perubahan cuaca yang dijangka berlaku di beberapa kawasan negeri ini sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad.

Berdasarkan ramalan cuaca seluruh negara, hujan di beberapa tempat dijangka berlaku di Pedalaman, Sandakan, Kudat dan WP Labuan pada pagi Jumaat, manakala Pantai Barat dan Tawau dijangka tiada hujan.

Pada petang Jumaat, ribut petir dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Pedalaman, di beberapa tempat di Pantai Barat dan WP Labuan, manakala hujan di beberapa tempat di Tawau, Sandakan dan Kudat.

Pada malam Jumaat, ribut petir di beberapa tempat dijangka berlaku di Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan, dengan hujan di beberapa tempat di Tawau, Kudat dan WP Labuan.

Pada Sabtu, hujan di beberapa tempat dijangka berlaku di Pedalaman, Sandakan, Kudat dan WP Labuan pada waktu pagi, manakala Pantai Barat dan Tawau dijangka tiada hujan.

Pada petang Sabtu, ribut petir di beberapa tempat dijangka berlaku di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan, dengan hujan di beberapa tempat di Kudat dan WP Labuan dijangka tiada hujan.

Pada malam Sabtu, hujan di beberapa tempat dijangka berlaku di Pedalaman, Pantai Barat dan WP Labuan, manakala Tawau, Sandakan dan Kudat dijangka tiada hujan.

Pada Ahad, hujan di beberapa tempat dijangka berlaku di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat dan WP Labuan pada waktu pagi, manakala Tawau dijangka tiada hujan.

Pada petang Ahad, ribut petir di beberapa tempat dijangka berlaku di Pedalaman dan Pantai Barat, dengan hujan di beberapa tempat di Tawau dan Kudat, manakala Sandakan dan WP Labuan dijangka tiada hujan.

Pada malam Ahad, hujan di beberapa tempat dijangka berlaku di Pedalaman, Pantai Barat dan WP Labuan, manakala Tawau, Sandakan dan Kudat dijangka tiada hujan.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan perkembangan cuaca dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sumber: Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal