Gelvia Vanessa dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan Sabah 2026

IMG 20260531 WA0272

PENAMPANG: 31 Mei 2026 – Wakil Papar, Gelvia Vanessa binti Jenny, dinobatkan sebagai Johan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 dalam pertandingan akhir yang berlangsung penuh meriah di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Penampang, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Gelvia berjaya menewaskan 52 peserta lain dari seluruh Sabah untuk meraih gelaran berprestij yang menjadi kemuncak sambutan Pesta Kaamatan negeri tahun ini.

1003090031

Tempat kedua dimenangi wakil Matunggong, Criszellbellkah Lorris, manakala wakil Tuaran, Juje Elor @ Francis, menduduki tempat ketiga.Sementara itu, wakil Bandaraya Kota Kinabalu, Liane Melve Grace Lias, berada di kedudukan keempat, diikuti Kerishine Danil dari Pagalungan di tempat kelima.

Tempat keenam pula menjadi milik wakil Penampang, Gadrette Gregory, manakala Myra Evana Robert yang mewakili Sook melengkapkan senarai tujuh terbaik pertandingan tahun ini dengan menduduki tempat ketujuh.

Pertandingan tahun ini memperkenalkan format baharu yang menyaksikan 53 peserta berentap untuk merebut tempat dalam kelompok 25 terbaik sebelum disaring kepada tujuh finalis.

Markah peserta turut ditetapkan semula pada setiap peringkat bagi memastikan penilaian yang lebih adil dan kompetitif.

Dewan Hongkod Koisaan turut bergema dengan sorakan ribuan penyokong yang hadir memberikan sokongan kepada wakil masing-masing, sekali gus mewujudkan suasana penuh semangat dan kemeriahan sempena sambutan Kaamatan 2026.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal