Gelvia sapu lima subsidiari, terbanyak di Sodop Unduk Ngadau 2026

IMG 20260528 WA0136 scaled

PENAMPANG: 28 Mei 2026 – Pentas Sodop Unduk Ngadau Kaamatan 2026 menyaksikan persaingan sengit apabila wakil Papar, Gelvia Vanessa Binti Jenny, muncul sebagai bintang paling cemerlang dengan merangkul lima gelaran subsidiari, terbanyak pada edisi kali ini.

Gelvia dianugerahkan lima subsidiari iaitu Miss Glowing Skin Vaseline, Tati’ Vozoon Qhazanah, Tati’ Huhundu’ Mantra, Miss C.A.N 2026, dan Tati Topiodo Unduk Ngadau Kaamatan 2026.

Sementara itu, wakil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Liane Melve Grace Lias, tidak kurang hebatnya apabila berjaya membawa pulang empat gelaran subsidiari iaitu Tati’ Sawit Kinabalu, Tati’ Waig Jetama, Tati’ Tagaras Pepsi, dan Tati’ Tabaada’ Imago.

Bagi kategori utama, Basaan Tinaandai Togingo dimenangi oleh wakil Telupid, Cyra Eva Bella Stephen, manakala kategori Basaan Tinunturu om Linangkitan Notinagas menjadi milik wakil Ranau, Christebell Masius.

Wakil Tamparuli, Evyanarey Larry pula memenangi dua subsidiari menerusi Tati’ Ogingo Kidum Smile Borneo dan Tati’ Tahadau Kupikupifm.

Turut diumumkan, wakil Pitas, Jean Christzabeth Yusevender, memenangi gelaran Tati’ Kaanangan Maxis, manakala wakil Kota Belud, Althea Tan Pin Yan, membawa pulang gelaran Tati’ Jesselton University College.

Bagi kategori lain, wakil Keningau, Edreen Lynn Edward, dinobatkan sebagai penerima Tati’ Tabaal Kovac, sementara wakil Tuaran, Juje Elor@Francis, memenangi gelaran Tati’ Ngingis Koimazaan Fresh & White.

Selain itu, Jeraahfinah Jonis dari KDCA Penang diumumkan sebagai penerima gelaran Tati Tosuau Unduk Ngadau Kaamatan 2026.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal