BHMFB bayar dividen RM15 juta kepada Sabah, Sarawak

NEWS

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 15 September 2026 – Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (BHMFB) membayar dividen sebanyak RM15 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak selepas mencatat prestasi kewangan yang positif pada tahun kewangan berakhir 2025.

Pengerusi BHMFB, Tan Sri Datuk Ammar Dr. Abdul Aziz Husain berkata, dividen itu dibayar secara sama rata kepada kedua-dua kerajaan negeri, masing-masing menerima RM7.5 juta.

Katanya, jumlah dividen yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini mencecah kira-kira RM70 juta, termasuk RM14 juta setiap tahun sejak 2021.

“BHMFB mencatat prestasi positif apabila membayar dividen sebanyak RM15 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bagi tahun kewangan berakhir 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini, kelmarin.

Menurut Abdul Aziz, kunjungan itu bertujuan memaklumkan Tun Musa mengenai perkembangan dan prestasi kewangan BHMFB.

Justeru, beliau berkata BHMFB kini mempunyai jumlah aset sebanyak RM1.6 bilion, manakala prestasi syarikat sehingga Ogos turut menunjukkan perkembangan positif.

“Setakat bulan Ogos ini, prestasinya agak baik dan insya-Allah kita akan dapat menyumbang mungkin lebih lagi pada tahun akan datang,” jelasnya.

BHMFB merupakan usaha sama antara Sabah dan Sarawak menerusi Sarawak Financial Secretary Incorporated dan Qhazanah Sabah Berhad dengan pegangan saham masing-masing sebanyak 50 peratus.

Sumber: JAPEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal