Bekas Duta Besar M’sia Pertama KDMR Layak Dilantik Menteri: Tun Richard

JILID

KOTA KINABALU: Mantan Ketua Hakim Negara Tun Datuk Seri Panglima Richard Malanjun membayangkan bahawa Datuk Jilid Kuminding, calon Warisan N7 Tandek sesuai dilantik ke jawatan Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri.

Dalam Sesi Perkongsian bersama jentera Warisan Dewan Undangan Tandek yang diadakan di Markas Tandek semalam, katanya, rakyat Tandek tidak rugi mengundi beliau kerana Jilid mempunyai pengalaman yang cukup luas sambil menyifatkan beliau sebagai ikon KDMR dan permata negara.

Justeru, pengalaman beliau amat diperlukan untuk membangun Sabah dan Tandek khasnya.

Richard turut menyeru kepada semua pengundi di Tandek untuk mengundi dan memenangkan Jilid yang bernombor No1 di dalam susunan kertas undi.

Untuk rekod, Jilid adalah KDMR pertama yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia, sementara Richard juga adalah KDMR pertama yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.

Dalam pertemuan berkenaan, hadirin juga sempat bertanya tentang banyak isu semasa seperti isu PTI, isu berkaitan perundangan dan sebagainya.

Richard juga menjelaskan bahawa zaman sudah berubah dan rakyat semakin menyedari hak mereka dan semakin bijak membuat pilihan.

Rakyat sudah tidak takut membuat pilihan, malahan berani tampil membuat saman sekiranya mereka merasakan mandat yang mereka beri dikhianati.

Photo credit: Carldrin Onneil Jidin.

Kelihatan dalam gambar Richard (kanan) mengatakan sesuatu kepada Jilid (kiri).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal