Anak Sabah cemerlang di AJL40: Ryenald tempat ketiga, Marsha vokal terbaik

Gambar Ryenald dan Marsha

KUALA LUMPUR: 16 Ogos 2026 – Dua anak seni Sabah, Ryenald Guntabid dan Marsha Milan, mengukir pencapaian membanggakan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang berlangsung di Unifi Arena pada malam 15 Ogos.

Ryenald mencipta kejutan dengan lagu “Lumangad Oku Dika” dan berjaya membawanya ke tangga ketiga, sekali gus meraih trofi dan wang tunai RM30,000.

Penyanyi kelahiran Tambunan itu menampilkan persembahan yang mengutamakan kekuatan vokal dan jiwa lagu. Di belakangnya, tersusun barisan penyanyi Sabah seperti Fanzi Ruji dan Elica Paujin, di samping dua adiknya, Noel dan Eylia, yang memberi sokongan vokal.

Gambar Ryenald Guntabid
Nyanyian bertenaga Rey Guntabid dengan lagu Lumangad Oku Dika di pentas AJL40

Marsha pula mengesahkan statusnya sebagai antara vokalis wanita terbaik negara. Beliau dinobatkan sebagai Vokal Terbaik menerusi lagu “Tangisan Seorang Pendosa”. Anugerah itu melayakkan beliau membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Lagu ciptaan Marsha dengan lirik oleh Hazama itu sarat dengan emosi. Ia mengajak pendengar menyelami perjalanan batin seorang insan berdosa yang sarat dengan beban jiwa.

Gambar Marsha Milan
Vokal terbaik diberikan kepada Marsha pada AJL40

Kejayaan kedua-dua penyanyi ini membuktikan bakat seni dari Negeri Di Bawah Bayu terus bersinar di persada nasional. Ryenald berani mengangkat identiti budaya Sabah menerusi bahasa Dusun, manakala Marsha kekal unggul dengan kemahiran vokalnya.

Pencapaian mereka menyambung tradisi gemilang penyanyi Sabah yang sebelum ini juga pernah mencipta nama di peringkat kebangsaan. Ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai salah satu lubuk bakat muzik utama negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal