Penyebar maklumat palsu PRN Sabah boleh dikenakan tindakan undang-undang – SPR

photo 6203957496478025699 y

PUTRAJAYA: 11 September 2025 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan, Individu yang didapati menyebar, berkongsi atau menerbitkan maklumat palsu berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang lain yang berkaitan.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata pihaknya memandang serius isu penyebaran maklumat tidak sahih kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat menjelang pilihan raya.

Beliau menjelaskan, poster yang tular di media sosial yang memaparkan tarikh penting PRN Sabah ke-17 adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

Sehingga kini, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mahupun penetapan tarikh penting bagi PRN, katanya.

Menurutnya, maklumat rasmi berkaitan pilihan raya termasuk tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari mengundi hanya akan dikeluarkan menerusi saluran rasmi SPR iaitu portal rasmi, sidang media serta kenyataan media.

SPR dalam masa sama menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati, tidak mudah terpedaya dengan sebarang maklumat tular, dan hanya merujuk kepada saluran rasmi untuk mendapatkan maklumat tepat serta sahih.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal