Kota Kinabalu: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 1.00 pagi, Khamis, 11 September 2025.
Antara kawasan yang terlibat ialah Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) serta Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan).
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda berlakunya hujan berintensiti lebih 20 mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
Amaran ini merupakan amaran jangka pendek dan hanya sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam selepas dikeluarkan.
Amaran tersebut dikeluarkan pada jam 9.05 malam, 10 September 2025.
Sumber: Malaysian Meteorological Department